JellyPages.com

Pages

Friday, 29 March 2013

NASI MANDY AYAM

0 comments

(Untuk ayam- belah 2 atau 4. 1 kg nasi biasanya kami guna 1 ekor setengah ayam)

1. Ayam direbus separuh masak. Masukkan garam dan perencah Hilal.

2. Ayam yang telah direbus separuh masak digaul bersama garam,saffron,perencah Hilal/Cukup Rasa, serbuk ketumbar/ rempah mandy dan serbuk lada hitam. Bungkus ayam dalam aluminium foil satu persatu dan bakar dalam oven selama 40 minit dengan 250 darjah.

(Untuk nasi)
Bahan-bahan:

1 kg                  beras basmathi extra panjang - bersih,rendam 45 minit
7 1/2 cawan      air rebusan ayam 
3 labu                bawang besar - dipotong nipis
5 ulas                bawang putih - dipotong dan dihiris nipis
1 1/2 inci           halia - dipotong dan dihiris nipis
1 sudu makan    rempah mandy
2-3 helai           daun bay
                         garam
                         gula (1 sudu)
                         kismis
                         cengkih,kulit manis,buah pelaga
1/2 cawan         minyak masak/minyak zaitun
2 sudu penuh     minyak sapi
1/4 sudu kecil    saffron yang dibancuh atau pewarna kuning

1. Panaskan minyak dan minyak sapi,masukkan kulit manis,cengkih dan buah pelaga.

2. Masukkan bawang putih dan halia,tumis sekejap.

3. Masukkan bawang besar yang telah dipotong. Tumis hingga layu.

4. Masukkan air rebusan ayam,daun bay,rempah mandy,serbuk ,lada hitam,garam dan gula secukup rasa.

5. Bila mendidih masukkan beras yang telah direndam.

6. Apabila air hampir kering,masukkan kismis dan titikkan saffron yang telah dibancuh atau pewarna kuning.

7. Bakar/ bara kan arang,masukkan ke dalam aluminium foil, letakkan atas nasi yang telah kering,masukkan sedikit minyak untuk arang itu keluarkan asap. Tutup periuk.

8. Biarkan lebih kurang 5 minit kemudian keluarkan arang.


(Untuk air lada)

1. Kisar ;
    Lada merah dan hijau
    Tomato buah
    daun ketumbar
    Air limau nipis
    Garam dan gula secukup rasa


(Untuk salad)

1. Gaulkan ;
    Salad
    Timun
    Tomato buah- dihiris
    Bawang besar
    Daun ketumbar
    Mayonis

atau
boleh gaul  dengan  sos tomato dan sos cili tambah garam secukp rasa.

boleh juga digaul dengan jus limau nipis/ lemon/ limau kasturi Garam dan gula


(Untuk sup)

              Air lebihan rebusan ayam 
1/2 kg     ubi kentang
1/2 kg     carrot
1 sudu     makan rempah sup
2 labu      bawang besar - belah 6
2 inci       halia dihiris tebal/ ketuk
5 ulas      bawang putih diketuk
2             sup bunjut 
               cengkih,kulit manis dan pelaga
               garam,gula dan perencah hilal 
               sedikit saffron


Thursday, 14 March 2013

Makaroni bakar ala lasagne

0 comments

Part 1

bahan-bahan:

macaroni
sos spageti Kimball
daging atau ayam kisar
garam
gula
lada hitam
sos cili
carrot
jagung
ubi kentang
kacang peas
daun sup

cara:
Masukkan sos spageti Kimball.daging atau ayam kisar then masukkan sayur keras dulu.
Kemudian masukkan garam, gula, lada hitam, sos cili.

Apabila sos mendidih, masukkan sayur-sayur lain dan
masukkan macaroni yang sudah direbus.

part 2

 white sauce
300ml susu segar
125ml air
2 sudu makan butter
2 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam
2-3 sudu cheese.. saya gunakan cheese parmesan

1.Panaskan periuk.
2.Masukkan butter.
3.Masukkan tepung, kacau cepat2. Jangan buka api besar. Nanti hangus.
4.Masukkan susu dan juga air. kacau supaya tepung tidak bergentel2. biarkan mendidih.
5.Masukkan cheese dan juga lada hitam. Kacau sentiasa hingga sos agak pekat lalu matikan api.
6.masuk dalam bekas macaroni then cover dengan white sauce..

kalau nak bakar tambah cheese kat atas dia....
saya bakar 15 minit.. kalau tak nak bakar pun tak apa..




done and ready to serve ^_^

ROTI PURI

0 comments

ROTI PURI

½   kg tepung gandum
130  gm tepung atar
65 gm minyak sapi
325  gm air
½  sudu garam

Cara:
1.        Campurkan semua bahan. Diuli jadikan doh.
2.       Bulatkan kecil-kecil.
3.       Dibiarkan sekurang-kurangnya 30 minit.
4.       Digelek dengan roler.
5.       Digoreng dalam minyak yang banyak.

KUAH ROTI PURI
Bahan A.
½    kg isi ayam  ( dipotong kecil)
1    tin susu cair (1/2 tin untuk perap)
¾    cawan sos tomato
Gaulkan semua bahan – perap ½ jam.

Bahan B
2   labu bawang besar - dikisar
3   ulas bawang putih - dikisar
2   sudu lada lumat
Minyak secukupnya untuk menumis.

Bahan C
2  batang carrot – dipotong kiub
½ kg kentang – dipotong kiub
3 biji  lada merah – dihiris agak tebal
Jagung, kacang peas

Cara:
1.       Tumis bahan B. goreng hingga masak/ naik minyak.
2.       Masukkan Bahan A. garam dan gula secukup rasa.Masukkan ½ tin susu cair, tambah air, garam dan    gula secukup rasa.
3.        Masuk kentang,
4.     Masukkan carrot, lada merah, jagung dan kacang peas
.